Alhamdulillah..diberi peluang utk ber'honeymoon' berdua.
2H 1M
Tarikh : 20-21 Feb 2015
Destinasi : Kuantan,Pahang
Jumaat
Gerak dr Mersing jam 10am. Sarapan di warung D'Gunung(*faymes juga dgn mee bandung tau!)
Pit stop cuma di Shell, Rompin & teruskan perjalanan smp lah ke Kuantan.
Terus tuju ke Warung Poksu & moksu , Tanjung Lumpur.
Mmg sedap~. Macam2 ada..tp syg..pulut panggang xde time ni..nasi minyak pun xde..hehe..so makan nasi dagang & sata,kuih2 sikit.uniknya ada puding raja RM 6 . Mmg sedap,pisang yg disira n curah kuah manis2 ala kuah puding tu.
After dah kenyang,terus ke East Coast Mall(ECM) , usyar tiket wayang..kejap aje.lepastu baru check in hotel.senang tido LA HOTEL , murah pun ye..n betul2 tgh bandar.
Lepas Asar, pergi lagi ke Tanjung Lumpur..tp kedai kuih lain.. ada makcik tu..buat kuih paung sedap sgt.. then singgah lagi 1..beli keropok lekor.
Bekalan tu semua bawak g Esplanade depan hospital tu. Kebetulan ada jual2..mmg sgt meriah..yg ateh suka. Goreng2 kat situ semua pakai fryer..confirm2 la sedap kan..ada aiskrim ala2 tutti fruti.
Then ptg terus gi makan kat kedai paling faymes*pada pendapat kami la kan..hehe. Ana Ikan Bakar Petai padahal kami dtg time maghrib gitu. Mmg ramai sgt org. Makan mmg sedap situ..puas hati. Kami order udang telur masin & pari bakar petai . Standby je rm100 paling koman. Sbb kami berdua makan..rm70.
Settle makan,balik hotel..rehat2. Kul 9.30pm keluar lagi..pusing2 bandar Kuantan,last pi Teluk Cempedak.mmg jem.. kebetulan ada event. So mmg ramai sgt2 org. Jualan mmg ada macam2..makanan,baju,souviner,pertandingan karaoke, persembahan break dance pun ada.
Tgk org ke sana ke mari..tuptup kul 11.45pm..kami pun balik..rest utk next day
Sabtu
Keluar lewat sikit..hehe sarapan roti shj..ada bawak bekalan dr Cakemania Cafe.
Sbb wayang kami kul 12.30pm. Fefeeling org cina..tgk cite cina..hehe. From Vegas to Macau ll .. lawak sgt cite nya.
Habis je wayang..nak singgah kat Tanjung Lumpur.(otw balik).igt kedai Poksu Moksu buka..rupanya tutup...so kami makan kat kedai Mokna.. laksam die superb..sgt sedap..yg nak beli sata..dok beratur. Mmg full house. Settle je makan..kami beransur pulang.
Selesai trip Kuantan.
Nanti nak pergi lagi.
Seronok pi Kuantan..santai2 je gitu.