Tuesday, 19 February 2019

" Checklist Barang Keperluan Sebelum Bersalin "

Gambar seminggu sebelum nak bersalin,sempat berbuka di Kuantan,Pahang
(balik hari dr Mersing,Johor)

Assalamualaikum & salam sejahtera semua. Alhamdulillah merasa juga pengalaman untuk menjadi seorang ibu. Merasa macam mana kandungkan bayi selama 9 bulan, merasa sakitnya sebelum & selepas bersalin. Syukur sangat sangat walaupun merasa semua ini selepas 4 tahun berumah tangga.

Okay, selalunya 1st time nak jadi ibu ni, mesti excited kan nak beli baju baby, barang2 baby bila dapat tahu mengandung kannn. Buka media sosial pun, kalau boleh nak tengok gambar baby saja biar kenan pada anak kan. Hahaha. Sama lah kiteee. 

Scroll petua utk atasi masalah 'morning sickness' walaupun tak hadapi, segala macam petua lah senang kata. Jadi serba serbi nak tahu semua kan. 

Tapi, tahukah ibu ibu semua? Paling penting sekali adalah PERSEDIAAN KE HOSPITAL. Boleh sediakan seawal kandungan dah mencecah antara 28minggu ke 32minggu. Sebab masa ni kandungan dah membesar, manatau ada jenis ibu mengandung yang dah sarat atau tak larat nak shopping kan. Atau ada yang nak ter'bersalin awal ke. 

Buku mmg kena ada utk tulis tulis

 Tapi sekarang dah mudah, semuanya dihujung jari. Klik klik je berkenan yang mana, sedar tak sedar lengkap dah barang baby kan. 

Survey juga tau nak bersalin kat mana nanti, kalau swasta at least kena check up min 2 kali dengan doktor tu.
Macam sy pilih Hospital Columbia Asia, JB dengan Dr Rohaini

Dapat toiletries kit

Ini mengikut pengalaman saya shj ya, sblm nak ke hospital dulu pun, saya mmg banyak rujuk pada blog-blog. Alhamdulillah mmg banyak sgt membantu. Tqsm all blogger yg update pasal ni ! Bila siapkan barang barang ni jangan lupa pesan/tunjuk pada suami juga okay. 

Okay, ini antara yang penting:

Untuk Baby

1. Baju newborn 3@4 pasang
boleh sedia 2 baju siang & 2 baju malam. Pilih jenis yang berbutang, senang nak pakai kan pada baby

2. Sarung tangan & kaki baby - 2 set
3. Barut baby - 2 helai
4. Kain bedung baby - 2 helai
5. Tuala baby
6. Pampers newborn- 10pcs atau lebih
7. Sapu tangan
8. Wet tissue- bawa yang besar sbb baby newborn mmg akan banyak kali tukar pampers. 

** item utk baby ni, boleh set kan dalam zipper bag tau. Mudah suami nak cari & beri pada nurse nanti. 

1 set boleh packing macamni: 1 baju siang,1 baju malam, 1 set sarung tangan & kaki,1 barut baby,1 kain bedung,1 sapu tangan, 3 pampers

Untuk Ibu

1. T-shirt lengan panjang - 2@3 helai
2. Kain batik - 3@4 helai
3. Stokin - 3 pasang
4. Selipar toilet(standby)
5. Tuala 
6. Baju sejuk/sweater
7. Tudung sarung/shawl
8. Pad overnight @ lampin dewasa
9. Beg plastik - untuk isi baju kotor nanti
10. Nursing bra + breast pad
11. Panties 2 pack (yg pakai buang pun okay sgt)
12. Charger phone
13. Yassin/mini Al quran
14. Thermos (kalau gov mungkin perlu,swasta tak perlu takpe)
15. Food & drinks - saya sendiri mesti nak makan roti manjang. Sebab asyik lapar. 

** beg ibu & anak asingkan ya. Supaya senang suami atau sesiapa nak tlg uruskan. 

Bila dah balik rumah, bermula lah rutin kite sebagai ibu kan. 24jam bersama baby.

**jangan lupa booking bidan sebelum bersalin juga ya

Mungkin mak atau bidan yang akan tlg uruskan baby. Jadinya set utk baby sangat sangat penting. Sediakan juga KIT TASNEEM NATUREL ni okay. Sangat sangat best ! Balm yang wangi & takpanas.




Paling hot utk Newborn sekarang: 
STOMMY OIL + CALM TIME + CF RUB + SKEENZ

Boleh beli loose atau 1 full set terus lebih mudah ! 

Ada juga item² lain yang sesuai untuk newborn serta seisi keluarga










No comments:

Post a Comment