Assalamualaikum.
Genap umurku 26 tahun.
Syukur kerana diberi nafas & kesihatan yang baik hingga ke hari ini.
Mohon pembaca sekalian mendoakan saya. * sekiranya ada kenalan yang pergi ke tanah suci, kirim kan sekali doa saya ini.
i) Ya Allah, tetapkanlah Iman Amirah dan ahli keluarganya. Tingkatkanlah iman mereka dari hari ke hari dan matikanlah mereka semua dalam keadaan beriman.
ii) Ya Allah, Amirah memohon kepada Mu agar Engkau kurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.
iii) Ya Allah, bantulah Amirah dalam perniagaan yang dijalankannya. Kurniakanlah dia rezeki yang halal dan jauhi dia dari rezeki yang haram dan syubhah. Berilah kekayaan kepada dia, mudah mudahan dengan kekayaan yang dia peroleh, dia dapat mengeluarkan zakat yang banyak dan dapat membantu umat Islam yang lain.