Nak tak ibu ayah ajar anak solat dengan cara yang mudah & seronok?
Mesti gembira bila bayangkan anak dengar azan sahaja terus ambil wudhu', pakai telekung/kopiah, capai sejadah & ajak ibu/ayah solat bersama.
Semua maklum bahawa solat 5 waktu itu wajib, Rasulullah SAW juga memerintahkan ibu ayah untuk mengajar anak solat seawal yang mungkin supaya ianya menjadi tabiat kepada anak².
Insya Allah Ateh ada beberapa tips yang ibu ayah boleh amalkan bersama untuk anak², moga bermanfaat ya !