Assalamualaikum
Student & join MLM.
Sekarang MLM yang saya join,sudah tidak wujud lagi. Tapi sekarang masih dikategorikan #2kerja lagi,atau lebih.
Tupperware , Hai O , dropship , surirumah
(Kalau balik Mersing, saya jaga Cakemania Cafe,jaga kaunter,tolong di dapur)
Nampak tak banyak kerja saya sebenarnya.
Kebaikan kerja tambahan:
1. Kurangkan Tekanan kerja
- mungkin hari-hari buat kerja yang sama & kejar tarikh matang untuk hantar kerja pada boss,sambil-sambil online bisnes,dapat duit & dapat juga kurangkan tekanan.
2. Potensi Pendapatan Tidak Terhad
“9/10 rezeki datang daripada perniagaan”
-apabila berniaga, kita sendiri menetapkan potensi pendapatan yang ingin diperoleh. Semuanya tertakluk pada misi, kepercayaan dan tindakan kita.
3. Pengurusan Masa Lebih Efektif
- waktu pejabat 8am -5pm , ada waktu rehat kan.sambil-sambil lunch boleh berniaga(* update status,restock produk dll). Malam pula,boleh tetapkan waktu untuk online bisnes@ apa sahaja yg anda ceburi.
4. Kemahiran Pengurusan Wang
Jangan lupa kepada Allah SWT , DIA lah penentu rezeki kita. Sehebat mana pun kita, sebanyak mana pun kerja kita,kalau kita lupakan Allah SWT,mustahil untuk kaya + berjaya di dunia dan akhirat. Wallahualam.
Terpulang apa jua bidang yang anda ceburi, paling utama adalah kena ada niat yang baik & minat yang mendalam. Insha allah semuanya akan jadi pengalaman yang menyeronokkan.
