Sunday, 10 January 2016

Thank you Mak !

Alhamdulillah.

Mak selamat menunaikan umrah,
Sepanjang 2 minggu mak berada di tanah suci.(27 dec 2015 - 8 jan 2016)

Syukur kerana mak diberi kesihatan yang baik sepanjang berada di sana.

Ateh tak lupa kirim doa dengan mak, mudah-mudahan ada rezeki kami.

Thank you so much mak, walaupun kami pesan jangan beli barang banyak, just nak mak fokus buat ibadah & jaga kesihatan, tapi mak tetap beli cukup untuk kami semua.

Insya allah 1 hari nanti, kita sekeluarga pergi bersama okay!

Antara gambar mak sebelum bertolak & semasa menunaikan umrah
Alhamdulillah, serba cukup mak belikan untuk kami

Jubah & shawl memang favourite ateh !😇
Kurma,kismis & buah tin 
*makanan sunnah*

Thursday, 7 January 2016

Khasiat Buah Tin Dalam Habbasauda Listra

Buah tin adalah sejenis buah-buahan yang dapat dimakan yang berasal dari Asia Barat.

Nama buah tin diambil dari bahasa Arab. Buah tin atau yang memiliki nama ilmiah Ficus caricaini sebenarnya masih kerabat dengan pohon beringin dan tumbuh mulai dari daerah Balkan sampai dengan Afghanistan dan saat ini mulai dibudidayakan di berbagai tempat lain di penjuru dunia.

Mungkin bagi sebahagian orang sudah tidak asing lagi mendengar nama buah tin, kerana buah ini juga dijadikan nama surah dalam Al-Quran. Tetapi mungkin bagi sebahagian orang nama buah tin mungkin masih terdengar asing, bahkan belum banyak orang yang pernah merasakan kelazatan buah tin.



Manfaat Dan Kandungan Buah Tin

Buah tin merupakan buah yang tidak mengenal musim, jadi pokok tin berbuah sepanjang tahun. Buah tin merupakan buah yang istimewa, selain keunikan buah ini juga kerana manfaatnya bagi kesihatan.

Buah tin memiliki banyak jenis, salah satu jenis buah tin adalah buah tin Yordan. Kenunikan buah ini adalah semakin warnanya hitam, semakin manis rasa buahnya.

Banyak manfaat yang dapat kita peroleh dari buah tin.

Buah tin mengandungi
✔kalium
✔omega 3 
✔omega 6
-yang berfungsi menjaga tekanan darah tinggi serta serangan penyakit jantung.

Buah tin juga ada
✔coumarin
-bermanfaat untuk mengelakkan serangan penyakit kanser prostat

Buah tin juga kaya akan 
✔kalsium sehingga dapat memelihara kesihatan tulang agar tidak reput dan terhindar dari osteoporosis dan mampu meningkatkan kepadatan tulang.

Buah tin juga memiliki kandungan ✔tryptophan yang bermanfaat untuk peningkatan kualiti tidur yang baik serta mencegah insomnia.

✔Kandungan pectin pada buah tin juga bermanfaat untuk menurunkan kadar kolesterol dalam darah.

Buah tin juga 
✔kaya akan serat, sehingga sangat baik untuk membantu proses penurunan berat badan.

Susah untuk dapatkan buah tin? 
Anda boleh mengamalkan pemakanan sunnah. 

Gabungan 3 bahan pemakanan sunnah sahaja: 
BUAH TIN, MADU ,HABBATUSAUDA

Whats app 0176891480

Di bawah, saya sertakan beberapa testimoni berjaya ikhtiar hamil dengan Habbasauda Listra. 

Friday, 1 January 2016

Premium Beautiful


Azam tahun  baru,
Ikhtiar hamil menggunakan set korset Premium Beautiful; semoga dipermudahkan . Insha Allah.

Ateh dah lama join group hai o. Bermodalkan hanya rm50 sahaja, tak sangka ada jodoh dgn hai o.

Bermula dengan jual shampoo, body wash & beauty bar.

Sekarang lebih fokus kepada mineral coffee , garlic tablet . Permintaan tinggi !

Syukur..selepas 1 tahun 3 bulan.  Tercapai impian beli 1 full korset Premium Beautiful 😍😍😍.

Ada 2 cara, credit atau cash.
Nak beli secara ansuran tanpa pinjaman bank pun boleh.

Asalnya ateh join kutu short bra; by Diamond Sis Mazura Ali.
Tak sangka ada rezeki lebih, dapat beli 1 full set !

Kami main 5 org, 1 bulan RM 100 sahaja..murah kan !

Berminat dengan hai o atau premium beautiful? Roger je ateh okay,sebab ateh dah pakai sendiri sekarang😇

0176891480

Thursday, 31 December 2015

Selamat Tahun Baru 2016

Assalamualaikum & selamat tahun baru !

Anda dah senaraikan azam tahun baru?
Cuba senaraikan 101 azam anda.
Usaha,tawakkal & doa dan capaikan azam anda.

At least kita merancang perjalanan hidup kita kan.

Tips untuk menulis azam:

1. Sangat jelas
Contoh azam nak beli rumah.
Spesifik kan, nak rumah jenis macam mana, berapa tingkat,berapa anggaran harga rumah dan sebagainya. So anda lebih jelas untuk set target.

2. Ambil serius
Ambil serius terhadap azam anda,jangan hangat-hangat tahi ayam sahaja.
Lakukan 200% untuk capai setiap impian yang anda tulis. Perjanjian antara diri sendiri.

3. Tarikh matang
Sebelum berakhirnya tahun 2016. Boleh tetapkan tarikh matang. Contoh: azam pertama..sebelum bulan 6 .

Pendapat dari saya semata-mata, boleh follow jika setuju.

Komen di bawah sekiranya ada cadangan untuk tulis azam & impian.

Semoga tahun baru memberikan anda lebih kebahagiaan, lebih banyak kenangan manis & semua yang baik-baik. Insha allah.

😙😙😙

Wednesday, 30 December 2015

#2kerja

Assalamualaikum

Jom bincangkan tentang isu #2kerja . Dari zaman student lagi,rasanya saya dah mula dengan #2kerja.

Student & join MLM.

Sekarang MLM yang saya join,sudah tidak wujud lagi. Tapi sekarang masih dikategorikan #2kerja lagi,atau lebih.

Tupperware , Hai O , dropship , surirumah 
(Kalau balik Mersing, saya jaga Cakemania Cafe,jaga kaunter,tolong di dapur)

Nampak tak banyak kerja saya sebenarnya.

Siang malam on facebook(tak tentu), bukan cuci mata sahaja tapi berniaga dalam facebook.

Saya faham kenapa makin ramai suka buat #2kerja.

Kebaikan kerja tambahan:

1. Kurangkan Tekanan kerja 
- mungkin hari-hari buat kerja yang sama & kejar tarikh matang untuk hantar kerja pada boss,sambil-sambil online bisnes,dapat duit & dapat juga kurangkan tekanan.

2. Potensi Pendapatan Tidak Terhad
“9/10 rezeki datang daripada perniagaan”
-apabila berniaga, kita sendiri menetapkan potensi pendapatan yang ingin diperoleh. Semuanya tertakluk pada misi, kepercayaan dan tindakan kita.

3. Pengurusan Masa Lebih Efektif
- waktu pejabat 8am -5pm , ada waktu rehat kan.sambil-sambil lunch boleh berniaga(* update status,restock produk dll). Malam pula,boleh tetapkan waktu untuk online bisnes@ apa sahaja yg anda ceburi.

4. Kemahiran Pengurusan Wang

- Mempunyai wang yang banyak tidak akan menjamin kehidupan yang senang dan bahagia. Tetapi pengurusan wang yang baik dapat membantu mengurus kehidupan kita dengan lebih baik dan juga teratur.Jangan lupa kepada Allah SWT , DIA lah penentu rezeki kita. Sehebat mana pun kita, sebanyak mana pun kerja kita,kalau kita lupakan Allah SWT,mustahil untuk kaya + berjaya di dunia dan akhirat. Wallahualam.

 Terpulang apa jua bidang yang anda ceburi, paling utama adalah kena ada niat yang baik & minat yang mendalam.

Insha allah semuanya akan jadi pengalaman yang menyeronokkan.

Monday, 28 December 2015

HAPPY 26TH BIRTHDAY

Assalamualaikum.
Genap umurku 26 tahun.

Syukur kerana diberi nafas & kesihatan yang baik hingga ke hari ini.

Mohon pembaca sekalian mendoakan saya. * sekiranya ada kenalan yang pergi ke tanah suci, kirim kan sekali doa saya ini.

i) Ya Allah, tetapkanlah Iman Amirah dan ahli keluarganya. Tingkatkanlah iman mereka dari hari ke hari dan matikanlah mereka semua dalam keadaan beriman.

ii) Ya Allah, Amirah memohon kepada Mu agar Engkau kurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.

iii) Ya Allah, bantulah Amirah dalam perniagaan yang dijalankannya. Kurniakanlah dia rezeki yang halal dan jauhi dia dari rezeki yang haram dan syubhah. Berilah kekayaan kepada dia, mudah mudahan dengan kekayaan yang dia peroleh, dia dapat mengeluarkan zakat yang banyak dan dapat membantu umat Islam yang lain.

Thursday, 24 December 2015

Salam Maulidur Rasul

Masih belum terlambat nak post entri tentang Sambutan Maulidur Rasul.

Seronok rasanya bila sambut di Masjid Jamek Mersing.

Kali ini lebih meriah.Ramai sangat orang,mungkin sebab cuti panjang.

Makan dalam dulang ramai-ramai. Memang best !

Alhamdulillah. Syukur diberi nafas utnuk sambut hari yang istimewa.

#maulidurRasul