Tuesday, 5 March 2019

"SIMPTOM 'RARE' EKZEMA YANG IBU AYAH TAK PERASAN"



Kakteh share sikit okay pasal simptom 'rare' yang Ibu ayah jarang perasan anak mereka terkena ekzema bila ia berada pada tahap ringan. Biasanya simptom ekzema akan menunjukkan biji-biji timbul pada leher, tangan dan badan. Tapi, ada lagi simptom2 yang ibu ayah biasa ambil ringan antaranya:


1. Bila kena gigit nyamuk, tak baik-baik
Kulit kanak-kanak yang terkena ekzema, sangat kering dah sensitif. Jadi, bila diorang  kena gigit nyamuk, ia mengambil masa yang lama untuk sembuh dan meninggalkan parut. Ramai orang menganggap ini bukan penyakit, tetapi hanya gatal-gatal biasa.


2. Daki pada kulit kepala
Jangan tak tau, kelemumur pun dikategorikan sebagai salah satu ekzema.(hahhh) Tapi, pada anak kecil ia lebih kepada lapisan daki berwarna coklat kehitaman pada kulit kepala bayi baru lahir. Ini dikategorikan sebagai infantile eczema. Lapisan daki itu seakan kuping lembap yang melekat pada kulit kepala, kalau dibiarkan boleh menyebabkan jangkitan kuman, kemudian timbul biji-biji berair dan gatal.


3. Kurap susu
Ini juga sejenis infantile ekzema. Jika perasan, ruam bertompok merah akan tumbuh di pipi bayi sekitar umur 2 bulan dan kebiasaannya hilang selepas beberapa bulan.

4. Kulit kering
Biasanya, kita akan perasan anak kita ada ekzema bila nampak kulit mereka kering dan kadangkala bersisik. Tapi, tidak terasa gatal pula atau ada masalah kulit yang lain.

➡️Ekzema ni wujud bukan sebab dari pemakanan je, banyak lagi punca ekzema,antaranya:


1. Kegatalan
Banyak produk harian yang kita guna untuk kanak-kanak berkemungkinan boleh menyebabkan kulit mereka gatal, kering dan bertukar kemerahan tanpa sedar. Antaranya sabun mandi dan syampu. Malah, kegatalan juga boleh terjadi apabila kulit terdedah kepada asap rokok, cecair mencuci, minyak wangi, jenis fabrik dan sebagainya.


2. Alergik (alahan)
Sekiranya mempunyai alahan terhadap habuk dalam rumah, hama, kuman, haiwan peliharaan dan sebagainya.


3. Sering menggaru
Bagi kebanyakan pesakit, ekzema biasanya gatal dan ia tidak teruk apabila ia berada pada tahap ringan. Tapi, jika kawasan itu terus digaru, ia boleh bertukar teruk sehingga menyebabkan keradangan, berdarah dan sebagainya.

4. Faktor genetik dan keturunan
Jika ibu ayah  pernah mempunyai anak yang dijangkiti ekzema, berjaga-jaga sekiranya anda merancang untuk mempunyai anak yang seterusnya. Berkemungkinan, anak anda yang seterusnya turut akan mempunyai kulit yang sensitif. Bersiap sedia dengan losyen pelembap dan sabun bersesuaian.

5. Faktor iklim dan peluh
Kebanyakan kanak-kanak yang dijangkiti ekzema akan gatal dan mengalami panas badan bila berpeluh atau berada dalam situasi yang sangat panas. Ia boleh terjadi bila mereka memakai pakaian tebal ketika tidur. Dalam cuaca sejuk pula, kulit boleh kering dan gatal, seterusnya membuatkan ekzema muncul.

➡️Jadi, macam mana cara nak merawat Ekzema?

1. Gunakan sabun yang sesuai dan jangan guna antiseptic. Jangan juga terlalu kerap tukar sabun, sabun ni bukan utk merawat tp lebih kepada mengekalkan & mengurangkan kehadiran  ekzema.

2. Gunakan losyen pelembap yang betul, antiradang dan sesuai untuk jenis kulit sensitif.

**2 cara ni utk ekzema pada tahap ringan, tahap sederhana perlu ubat sapu yg ada steroid@calcineurin inhibitors. Kalau makin teruk, mohon berjumpa dgn pakar kulit/doktor.

📣Tips utk ibu ayah kalau bawa anak keluar: Sabun dan losyen pelembap wajib dibawa ke mana-mana. Kalau pergi ke tempat panas, pastikan bawa wet wipes atau tuala kecil untuk lap peluh. Jangan biarkan peluh terlalu lama kerana ia boleh menyebabkan kegatalan.

Sumber dari : Pakar Perubatan Dermatologi, Jabatan Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Profesor Madya Dr Adawiyah Jamil

Ibu ayah boleh sediakan Set Qoolite RM94 sahaja

Skeenz merawat masalah ekzema,kulit sensitif
Calm Time untuk memastikan anak sentiasa dalam keadaan yang selesa.








#sharingkakteh #ekzema #hbsixtyonline #projectdanish #ratuhatiku

No comments:

Post a Comment