Tuesday, 30 July 2019

Perfume Aromatherapy by Tasneem Naturel




Cakap pasal perfume ni. Mmg ramai yg suka pakai perfume kan. Tapi korang pernah tak cuba PERFUME AROMATERAPI ? 



Biasa kite suka guna perfume sebab wangi & jenama die kan. Lagi2 jenama international. Bau die lagi wow gitu. Kalau pakai kat tmpt ber'aircond, insha allah mmg wangi manjang. Tp kalau pakai kat outdoor. Bau die mungkin akan berubah jadi tak enak. Pernah tak jadi gitu? (kata diri sendiri nihh😅)



Yela, cuaca luar negara dgn cuaca kite kat Malaysia ni mana nak sama kan. Kite kat sini mudah berpeluh etc. Mmg akan effect bau perfume tu. 


Perfume ni mmg kena IKUT HIDUNG. Lain org lainlah bau nya. Insha allah perfume Tasneem ni tetap wangi pada hidung semua org. Tengok lah tu, ada cara penyimpanan lagi kan. Perfume ni bernyawaaaa



Jom cuba guna perfume aromaterapi ni, serius sangat best sebab die ada memberi kesan terapi tau!

✅Dapat menstabilkan emosi
✅memberi aura positif berpanjangan(anti-stress)
✅bau wangi sentiasa: kalau berpeluh pun,tetap akan wangi(takde bau kepam masam etc)

Jgn risau, harga sgt mampu milik utk perfume jenis gini tau.

Klik je sini okay SAYA NAK PERFUME


#perfume #aromatheraperfume #minyakwangi #sabreen

Wednesday, 24 July 2019

TASNEEM NATUREL JOHOR BAHRU : FLASH SALE




TASNEEM GIFT BOX FLASH SALE

Memang lega bila ada 4 balm ni semua. Bukan anak je pakai, ibu pun tumpang sekaki

Kalau batuk selesema berhingus mmg laju terus sapu balm #cfrub . Semalam nak tidur pun ada bersin2,terus sapu kat batang hidung.  Ateh pun hidung tak selesa macam tersumbat, sapu jugak sikit.

#Trub mmg sapu tiap kali lepas mandi,utk keselesaan perut sepanjang masa. 2-3 harini, ateh sendiri yg xselesa perut. Kot makan durian & mangga banyak sgt agaknya😆. Sapu trub terus mcm legaaa

#calmtime pun mmg sapu setiap kali lepas mandi & time nak keluar jalan jalan. Time berbenjol pun guna aje yg ni. Ateh pun guna bila rasa pening kepala🤕

#sleeptime dah guna tiap kali nak tidur siang & nak tidur malam. Nak jalan jauh pun..nak suruh tidur dalam kete, boleh calit sikit

Senangkan bila ada lengkap semua ni, apa lagi dok tunggu tu. Meh beli time flash sale ni.  War2 kan pada kawan2 yg dah lama dok riki tu, share share & share !

✅Dapat 2 hadiah bernilai RM18

✅ penjimatan sehingga RM20

✅ layak join lucky draw July

http://wasap.my/60176891480/flashsale

#tasneembalm #tasneemnaturel #tasneembalmjb #balm #essentialoil

Mereka sudah, anda bila lagi ? 







TESTIMONI






Jangan lupa follow ⬇️










Monday, 22 July 2019

Sweet Dream Kombo Terhangat Tasneem Naturel

Harini 23 July , hujan membasahi JB mungkin juga tempat korang. Bila hujan ni memang syok tidur kan. Alhamdulillah..mmg timing Haziq juga ni tidur siang

So ateh mmg dah sesiap sapu kan balm purple ni. Biar die lagi nyenyak & deep sleep gitu

Bangun jap lagi sapu yg balm hijau pulak. Biar die mood sentiasa ceria happy time main or makan 🎉

Tahu tak, ateh pernah dapat feedback yg mcm ni⬇️

"Maaf tanya produk ni ada dadah ke? sbb anak saya tengah nangis, lepas saya sapu terus boleh tido"

Huhu..power tak power la kan. Produk selamat 100% dan hanya menggunakan bahan semulajadi iaitu essential oil(pati tumbuhan). Ciptaan Allah swt kan. Mmg ada magic tersendiri ✨

Tambahan customer lagi katanya

" Mcm tak percaya effect dia smp mcm ni sbb masa sapu tu sy selawat banyak2. Dengan izin Allah produk berkesan dengan anak sy, syukur Alhamdulillah"

Masa Puan Nisa beli kombo ni, anaknya umur 2 bulan & ateh diberitahu anaknya kena sawan tangis. Sering sgt menangis kadang malam kadang petang. Asbab terjumpa video dalam youtube pasal balm vs sawan tangis maka close sale dgn ateh. Syukur syukur syukur

Tqsm pada tuan badan video di youtube tu🤗

Berminat kan, boleh terus roger & out ! Insha allah stock boleh cod area JB/ Mersing & pos seluruh Malaysia

http://sayanakorderkaktehbalm.wasap.my/


#sawantangis #sawan #sweetdream






Tuesday, 5 March 2019

"SIMPTOM 'RARE' EKZEMA YANG IBU AYAH TAK PERASAN"



Kakteh share sikit okay pasal simptom 'rare' yang Ibu ayah jarang perasan anak mereka terkena ekzema bila ia berada pada tahap ringan. Biasanya simptom ekzema akan menunjukkan biji-biji timbul pada leher, tangan dan badan. Tapi, ada lagi simptom2 yang ibu ayah biasa ambil ringan antaranya:


1. Bila kena gigit nyamuk, tak baik-baik
Kulit kanak-kanak yang terkena ekzema, sangat kering dah sensitif. Jadi, bila diorang  kena gigit nyamuk, ia mengambil masa yang lama untuk sembuh dan meninggalkan parut. Ramai orang menganggap ini bukan penyakit, tetapi hanya gatal-gatal biasa.


2. Daki pada kulit kepala
Jangan tak tau, kelemumur pun dikategorikan sebagai salah satu ekzema.(hahhh) Tapi, pada anak kecil ia lebih kepada lapisan daki berwarna coklat kehitaman pada kulit kepala bayi baru lahir. Ini dikategorikan sebagai infantile eczema. Lapisan daki itu seakan kuping lembap yang melekat pada kulit kepala, kalau dibiarkan boleh menyebabkan jangkitan kuman, kemudian timbul biji-biji berair dan gatal.


3. Kurap susu
Ini juga sejenis infantile ekzema. Jika perasan, ruam bertompok merah akan tumbuh di pipi bayi sekitar umur 2 bulan dan kebiasaannya hilang selepas beberapa bulan.

4. Kulit kering
Biasanya, kita akan perasan anak kita ada ekzema bila nampak kulit mereka kering dan kadangkala bersisik. Tapi, tidak terasa gatal pula atau ada masalah kulit yang lain.

➡️Ekzema ni wujud bukan sebab dari pemakanan je, banyak lagi punca ekzema,antaranya:


1. Kegatalan
Banyak produk harian yang kita guna untuk kanak-kanak berkemungkinan boleh menyebabkan kulit mereka gatal, kering dan bertukar kemerahan tanpa sedar. Antaranya sabun mandi dan syampu. Malah, kegatalan juga boleh terjadi apabila kulit terdedah kepada asap rokok, cecair mencuci, minyak wangi, jenis fabrik dan sebagainya.


2. Alergik (alahan)
Sekiranya mempunyai alahan terhadap habuk dalam rumah, hama, kuman, haiwan peliharaan dan sebagainya.


3. Sering menggaru
Bagi kebanyakan pesakit, ekzema biasanya gatal dan ia tidak teruk apabila ia berada pada tahap ringan. Tapi, jika kawasan itu terus digaru, ia boleh bertukar teruk sehingga menyebabkan keradangan, berdarah dan sebagainya.

4. Faktor genetik dan keturunan
Jika ibu ayah  pernah mempunyai anak yang dijangkiti ekzema, berjaga-jaga sekiranya anda merancang untuk mempunyai anak yang seterusnya. Berkemungkinan, anak anda yang seterusnya turut akan mempunyai kulit yang sensitif. Bersiap sedia dengan losyen pelembap dan sabun bersesuaian.

5. Faktor iklim dan peluh
Kebanyakan kanak-kanak yang dijangkiti ekzema akan gatal dan mengalami panas badan bila berpeluh atau berada dalam situasi yang sangat panas. Ia boleh terjadi bila mereka memakai pakaian tebal ketika tidur. Dalam cuaca sejuk pula, kulit boleh kering dan gatal, seterusnya membuatkan ekzema muncul.

➡️Jadi, macam mana cara nak merawat Ekzema?

1. Gunakan sabun yang sesuai dan jangan guna antiseptic. Jangan juga terlalu kerap tukar sabun, sabun ni bukan utk merawat tp lebih kepada mengekalkan & mengurangkan kehadiran  ekzema.

2. Gunakan losyen pelembap yang betul, antiradang dan sesuai untuk jenis kulit sensitif.

**2 cara ni utk ekzema pada tahap ringan, tahap sederhana perlu ubat sapu yg ada steroid@calcineurin inhibitors. Kalau makin teruk, mohon berjumpa dgn pakar kulit/doktor.

📣Tips utk ibu ayah kalau bawa anak keluar: Sabun dan losyen pelembap wajib dibawa ke mana-mana. Kalau pergi ke tempat panas, pastikan bawa wet wipes atau tuala kecil untuk lap peluh. Jangan biarkan peluh terlalu lama kerana ia boleh menyebabkan kegatalan.

Sumber dari : Pakar Perubatan Dermatologi, Jabatan Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Profesor Madya Dr Adawiyah Jamil

Ibu ayah boleh sediakan Set Qoolite RM94 sahaja

Skeenz merawat masalah ekzema,kulit sensitif
Calm Time untuk memastikan anak sentiasa dalam keadaan yang selesa.








#sharingkakteh #ekzema #hbsixtyonline #projectdanish #ratuhatiku

Tuesday, 19 February 2019

" Checklist Barang Keperluan Sebelum Bersalin "

Gambar seminggu sebelum nak bersalin,sempat berbuka di Kuantan,Pahang
(balik hari dr Mersing,Johor)

Assalamualaikum & salam sejahtera semua. Alhamdulillah merasa juga pengalaman untuk menjadi seorang ibu. Merasa macam mana kandungkan bayi selama 9 bulan, merasa sakitnya sebelum & selepas bersalin. Syukur sangat sangat walaupun merasa semua ini selepas 4 tahun berumah tangga.

Okay, selalunya 1st time nak jadi ibu ni, mesti excited kan nak beli baju baby, barang2 baby bila dapat tahu mengandung kannn. Buka media sosial pun, kalau boleh nak tengok gambar baby saja biar kenan pada anak kan. Hahaha. Sama lah kiteee. 

Scroll petua utk atasi masalah 'morning sickness' walaupun tak hadapi, segala macam petua lah senang kata. Jadi serba serbi nak tahu semua kan. 

Tapi, tahukah ibu ibu semua? Paling penting sekali adalah PERSEDIAAN KE HOSPITAL. Boleh sediakan seawal kandungan dah mencecah antara 28minggu ke 32minggu. Sebab masa ni kandungan dah membesar, manatau ada jenis ibu mengandung yang dah sarat atau tak larat nak shopping kan. Atau ada yang nak ter'bersalin awal ke. 

Buku mmg kena ada utk tulis tulis

 Tapi sekarang dah mudah, semuanya dihujung jari. Klik klik je berkenan yang mana, sedar tak sedar lengkap dah barang baby kan. 

Survey juga tau nak bersalin kat mana nanti, kalau swasta at least kena check up min 2 kali dengan doktor tu.
Macam sy pilih Hospital Columbia Asia, JB dengan Dr Rohaini

Dapat toiletries kit

Ini mengikut pengalaman saya shj ya, sblm nak ke hospital dulu pun, saya mmg banyak rujuk pada blog-blog. Alhamdulillah mmg banyak sgt membantu. Tqsm all blogger yg update pasal ni ! Bila siapkan barang barang ni jangan lupa pesan/tunjuk pada suami juga okay. 

Okay, ini antara yang penting:

Untuk Baby

1. Baju newborn 3@4 pasang
boleh sedia 2 baju siang & 2 baju malam. Pilih jenis yang berbutang, senang nak pakai kan pada baby

2. Sarung tangan & kaki baby - 2 set
3. Barut baby - 2 helai
4. Kain bedung baby - 2 helai
5. Tuala baby
6. Pampers newborn- 10pcs atau lebih
7. Sapu tangan
8. Wet tissue- bawa yang besar sbb baby newborn mmg akan banyak kali tukar pampers. 

** item utk baby ni, boleh set kan dalam zipper bag tau. Mudah suami nak cari & beri pada nurse nanti. 

1 set boleh packing macamni: 1 baju siang,1 baju malam, 1 set sarung tangan & kaki,1 barut baby,1 kain bedung,1 sapu tangan, 3 pampers

Untuk Ibu

1. T-shirt lengan panjang - 2@3 helai
2. Kain batik - 3@4 helai
3. Stokin - 3 pasang
4. Selipar toilet(standby)
5. Tuala 
6. Baju sejuk/sweater
7. Tudung sarung/shawl
8. Pad overnight @ lampin dewasa
9. Beg plastik - untuk isi baju kotor nanti
10. Nursing bra + breast pad
11. Panties 2 pack (yg pakai buang pun okay sgt)
12. Charger phone
13. Yassin/mini Al quran
14. Thermos (kalau gov mungkin perlu,swasta tak perlu takpe)
15. Food & drinks - saya sendiri mesti nak makan roti manjang. Sebab asyik lapar. 

** beg ibu & anak asingkan ya. Supaya senang suami atau sesiapa nak tlg uruskan. 

Bila dah balik rumah, bermula lah rutin kite sebagai ibu kan. 24jam bersama baby.

**jangan lupa booking bidan sebelum bersalin juga ya

Mungkin mak atau bidan yang akan tlg uruskan baby. Jadinya set utk baby sangat sangat penting. Sediakan juga KIT TASNEEM NATUREL ni okay. Sangat sangat best ! Balm yang wangi & takpanas.




Paling hot utk Newborn sekarang: 
STOMMY OIL + CALM TIME + CF RUB + SKEENZ

Boleh beli loose atau 1 full set terus lebih mudah ! 

Ada juga item² lain yang sesuai untuk newborn serta seisi keluarga










Saturday, 9 February 2019

"Jangan Dibuat Main Kalau Anak Batuk Kahak Berlarutan "



  Pengalaman diri sendiri, bila masalah batuk berkahak terjadi pada anak & boleh dikatakan agak lama. Cuma batuknya tak memudaratkan. Jenis on off. Start jangkit dgn ibu dari masa umur Haziq 3 bulan sampai umur dekat 5 ke 6 bulan macamtu baru betul betul clear.
 
  Mmg risau susah hati semua lah sbb takut effect paru paru. Jadi setiap kali bila check up bulanan dgn doktor, mesti beritahu awal awal. Jawab doktor : okay & paru paru no problem. Alhamdulillah. Doktor pun ada kata yang kanak kanak bawah 2 tahun ni  takda ubat sebetulnya. Kalau ada pun, ubat yang sangat slow(mmg makan masa utk baik). Sebab tu lah sekarang dah ada banyak ajar cara urutan & cara tradisional untuk melegakan batuk kan. Rajin dgn tak je la guna cara cara tu. 

  Syukur juga sbb Haziq mmg start jadi pengguna setia Tasneem Naturel Balm masa umur 1 bulan lebih. Masatu paling jarang sangat guna yang CF Rub, jadi bila dapat tahu die batuk. Lepas mandi ke , dengar je batuk sikit or ada bunyi macam kahak. Terus cecepat sapu CF Rub. Sbb dpt tau dr testimoni, ramai yg sihat lepas guna secara konsisten.

  Dan paling syiokkk bila tengok sendiri najis die,mmg ada lendir kahak tu keluar sekali. Haziq mmg tak reti muntah muntah ni. Jeluak susu pun jarang sangat. Dengan izin Allah, walaupun berbulan akhirnya baik juga. Oh ye..suka juga guna yang CF Roll On. Lagi cepat batuk die lega. Mmg serasi sangat guna yang jenis roll tu golek golek aje kat batang hidung sikit,dada sikit lepastu buat urutan X. Kakak bidan yang ajar cara ni. Boleh lah korang pun try cara ni nnt. Sambil tu selawat ya. Mudah mudahan cepat sihat.

  Okay mama papa. Jangan lupa sentiasa pantau kesihatan anak anak ya. Kalau berlarutan batuk selesema & demam. Jangan lambat bawa pergi jumpa doktor ! 😊

#hbsixtyfamily
#tnrangers
#projectdanish

Friday, 8 February 2019

"Jangan Terus Tolak Produk Natural,Cuba Dulu Baru Tahu"



Tasneem Naturel Balm. Serius ke memang berkesan?

 Pernah dengar sharing dari sahabat. Kalau percaya & yakin dengan essential oil mmg berkesan. Tak percaya pun tetap berkesan. Faham kan.

 Yang penting,pakai apa apa jenis produk pun. Nak hasil yang terbaik, kuncinya kena KONSISTEN. Samalah juga macam ubat. Kalau kita ada penyakit,kita kena makan ubat untuk kekal sihat. Kalau tak makan ubat, mungkin sakit akan jadi lebih teruk. Wallahualam.

 Sihat sakit ni semua ketentuan Allah swt. Kite hanya mampu untuk ikhtiar sehabis baik. Doa tawakal jangan dilupa. Jangan juga bergantung 100% pada ubat ubatan atau suplimen ya.

 "Sediakan payung sebelum hujan". Itulah pepatah yang sesuai untuk sesiapa yang sediakan set Tasneem Naturel ni. Seisi keluarga boleh guna tau,seawal dari usia bayi yang baru lahir cukup bulan.

 Bau yang sememangnya wangi buat anak-anak lagi suka dengan Tasneem Naturel. Ada yang kongsikan kisah lucu, apabila pengasuh nak sapukan Sleep Time balm. Berlari anak-anak asuhannya nak mengelakkan diri daripada disapu. Sebabkan taknak tidur tapi dah letih main sebenarnya. Ada juga yang anaknya ambil balm dan sapu pada diri sendiri. Banyak betul akal anak-anak zaman  sekarang kan.

 Bila anak-anak sihat, semestinya ibu ayah yang paling gembira sekali. Dapat juga membantu mengurangkan kos perubatan(insha Allah). Mudah mudahan Allah swt sentiasa pelihara kita sekeluarga kan.

Apa sebenarnya Tasneem Naturel ni? 
 Produk  Tasneem Naturel dirumus khas dengan bahan-bahan semulajadi( Essential Oil)untuk merawat masalah-masalah di bawah:

•Sleep Time Balm - Masalah sukar tidur, kerap terjaga
•Calm Time Balm - Meragam, kuat menangis, tantrum
•T Rub Balm - Sembelit, cirit birit, kembung perut
•CF Rub Balm - Batuk, selsema, demam
•Skeenz - Masalah ekzema, ruam, kulit sensitif

Ada NOT KKM tak? Mmg ramai yang tak berani nak guna produk sebarangan kan





Siapa yang sesuai menggunakan produk Tasneem Naturel?
 Seawal usia bayi yang baru lahir boleh digunakan. Kecuali bayi pramatang. Bayi pramatang boleh menggunakan Tasneem Naturel apabila usianya mencecah 5 bulan ke atas.

Tiada kesan sampingan?
 Insha Allah tiada kesan sampingan yg memudaratkan , mudah mudahan dapat gunakan secara konsisten untuk dapat hasil yang berkesan. Essential oil merupakan bahan semulajadi, jadi ia mungkin akan memakan masa untuk serasi dengan hormon sesetengah orang.

Macam mana cara untuk mendapatkan produk Tasneem Naturel?
Boleh terus hubungi saya disini, http://sayanakorderkaktehbalm.wasap.my/

Jangan lupa follow facebook ya:
https://www.facebook.com/amirahlaili

Page: https://www.facebook.com/ra2hatiku/

Instagram: @tasneem_balm_jb
https://instagram.com/tasneem_balm_jb?utm_source=ig_profile_share&igshid=14ydkun0ru1wl

Tiada buat penghantaran ke?
 Boleh,tiada masalah. Caj penghantaran akan dikenakan di kawasan Bandar JB & Mersing sahaja.
 Luar kawasan akan menggunakan perkhidmatan kurier.

Senarai harga produk









Antara pakej yang ditawarkan
**pembelian 2 balm keatas ada diskaun sebanyak 10%**


RM88

RM88

RM88

RM94

RM94

RM132

RM132

RM176

RM226

Testimoni
**antaranya sahaja, testimoni terkumpul ada sebanyak 1000++**








#tasneem #tasneemnaturel #tasneemrangers2019 #balmbayi #balmbalmkananakmu #cfrub #trub #skeenz #calmtime #sleeptime #sayajual #barangbaby #Johor #JB #POSLAJU #motifviral #majalahpama #tnagentjb #tnagentmersing #airasiax #pujaanhatikanda #bazaarpaknil #produkviral #viral #babycomel #trending #tiktokmalaysia #paidreview #diamenanturahsia #sarawak